![Angkatan Muda KGMS](https://www.kgms.sg/wp-content/uploads/2015/09/Angkatan-Muda-KGMS.jpg)
Sempena sambutan Majlis Makan Malam 2008, KGMS dengan kerjasama anggota belia KGMS
telah melancarkan Angkatan Muda KGMS pada 26 Oktober 2008 di Auditorium, OnePeople Sg.
Angkatan Muda KGMS ditubuhkan untuk mencapai cita rasa golongan guru muda yang berdepan dengan era globalisasi, dunia tanpa sempadan yang bergerak serba pantas dan mencabar – baik di peringkat kekaryawanan mahu pun kekeluargaan. Mereka masih mengejar impian kekaryawanan di samping pembentukkan institusi keluarga yang stabil lagi bahagia.
Bagaimana mengimbangi kedua-dua aspek ini memerlukan wadah dan penyaluran yang sihat dan di sini peranan Angkatan Muda KGMS yang tidak dapat dinafikan.
Angkatan Muda KGMS melambangkan suatu pergerakan yang dinamik, penuh bertenaga dan dilambangkan sebagai:
- Nadi pengerak yang mempelopori gerakan dan kegiatan semasa
- Tenaga gerakan pelapis yang bakal menerajui kepimpinan
- Lambang gerakan terkini, penuh bertenaga dan berwibawa
Penubuhannya adalah wajar untuk menyokong dan mendekati segala kegiatan yang dilakukan oleh Young NTUC yang mengembangkan sayapnya di dalam pelbagai kegiatan sosial, riadah dan pendidikan. Bersama-sama Young NTUC, Angkatan Muda KGMS akan menjadi sumber inspirasi pergerakan Kesatuan Sekerja di Singapura.