• KGMS adalah singkatan Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura.

  • Huruf-huruf KGMS dibentuk dengan garisan yang tidak putus-putus dan berliku-liku melambangkan perjuangan KGMS yang berterusan dalam “berkhidmat dan berbakti” kepada anggota-anggotanya dan masyarakat umum.

  • Bentuk forward-outward thrust logo itu melambangkan Kesatuan memandang ke hadapan, menuju ke satu arah yang tidak ada akhirnya, mempunyai wawasan dan dinamisme dalam menghadapi hari muka.

  • Warna merah pulasan melambangkan satu pertubuhan profesional yang matang yang sentiasa memainkan peranan penting di Singapura.

  • Warna kuning keemasan melambangkan hasrat pencapaian tertinggi dan terbaik yang KGMS cita-citakan dalam segala urusan dan kegiatannya.

  • Dua garis melambangkan dwi-fungsi KGMS sebagai sebuah kesatuan sekerja dan sebuah pertubuhan Melayu/Islam; kedua-duanya mempunyai tanggungjawab yang sama berat.