Sempena sambutan Majlis Makan Malam 2008, KGMS dengan kerjasama para guru pesara telah melancarkan
RANGGUMAS atau Rangkaian Guru Emas pada 26 Oktober 2008 di Auditorium, OnePeople Sg.

Tujuan penubuhan rangkaian tersebut ialah untuk melibatkan para guru pesara yang bergiat aktif di dalam bidang masing-masing setelah bersara dengan rangkaian KGMS. Rangkaian ini telah mengenal pasti tiga bidang yang diceburi oleh para guru pesara iaitu Keusahawanan, Sosial dan Pendidikan.

Oleh itu, objektif penubuhan RANGGUMAS adalah sebagai wadah:

i) Rujukan para pengguna, baik ahli atau bukan ahli KGMS yang ingin melanggani perniagaan yang ditawarkan;
ii) Rujukan dalam bidang Sosial dan Pendidikan;
iii) Jaringan sosial untuk para guru pesara berinteraksi antara satu sama lain; dan
iv) Mendapatkan matlumat terkini mengenai perkembangan dan kegiatan para guru-guru pesara.