Pada 31hb Oktober 2015, KGMS telah menganjurkan sebuah bengkel pengajaran berdasarkan ICT yang dikelolakan oleh salah seorang ahli KGMS sendiri, Cikgu Arizal Ahmad. Bertempat di Kelab Masyarakat Geylang West, bengkel ini mengajak para guru untuk menerokai aplikasi-aplikasi yang digunakan oleh Cikgu Arizal dalam memupuk pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar. Para guru telah berpeluang mengalami sendiri proses pembelajaran tersebut dengan menggunakan aplikasi seperti QR code dan Socrative. Secara umumnya, para guru berpuas hati dengan perkongsian Cikgu Arizal dan KGMS mengalu-alukan penyertaan para ahli KGMS dalam kegiatan-kegiatan yang akan datang. Semoga berjumpa pada lain kesempatan!